Tuesday, March 8, 2011

Kepentingan Pendidikan Jasmani Dalam Kurikulum Sekolah.


Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :
Kognitif ,Mengetahui dan Memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian


Rujukan: http://www.sabah.edu.my/promedia/Bahan_Telupid/telupid/RIDZIS/lamanutama.html


          

Makanan Seimbang Bagi Olahraga

MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

piramid makanan seimbang

i. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

ii. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

iii. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.



Rujukan: http://maribelajar.forumotion.com/t856-makanan-seimbang
gambarajah warm-up
Kepentingan Warm-up Atau Memanaskan Badan.
Memanaskan badan memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan seperti: (1)Menyediakan kestabilan tubuh untuk menanggung beban.
 (2) Mengurangkankebarangkalian kecederaan
 (3) Penyediaan minda untuk menjalani latihan.
Memanaskan badan perlulah terdiri daripada memanaskan sendi-sendi yang terlibatdalam latihan. Bahagian sendi yang utama yang perlu diberi perhatian adalah padasendi bahu. Ini kerana sendi ini adalah yang paling lemah berbanding sendi-sendi yang lain.
Warm-up dimulakan dari kaki dan bergerak ke atas manakala warm-down pula darikepala hingga ke kaki. Warm-down amat penting kerana ia memastikan asid laktik yangterhasil di otot-otot hasil daripada latihan yang dilakukan dapat mengalir ke seluruhbadan. Asid laktik yang terkumpul pada sesuatu bahagian badan boleh menyebabkankelenguhan pada bahagian tersebut. Selain itu warm-down berperanan memulihkankembali otot-otot yang tegang.

Rujukan:http://www.scribd.com/doc/47440294/Kepentingan-Warm-up

Acara

Acara
Terdapat variasi lain selain yang disenaraikan di bawah tetapi perlumbaan jarak luar biasa (contoh 300 m) adalah kurang kerap dijalankan. Perlumbaan luar biasa adalah dengan lazimnya diadakan semasa musim tertutup disebabkan oleh trek tertutup lebih pendek 200 m. Dengan pengecualian larian batu (mile run), perlumbaan berdasarkan jarak imperial adalah jarang sekali diadakan di trek lagi selepas kebanyakan trek telah bertukar daripada sesuku batu (402.3 m) ke 400 m; semua penyimpanan rekod untuk jarak imperial telah ditamatkan. Bagaimanapun, buku rekod IAAF masih termasuk rekod dunia batu (kini dipegang oleh Hicham El Guerrouj dari Maghribi untuk lelaki dan Svetlana Masterkova dari Rusia untuk wanita) disebabkan oleh kepentingan bersejarahnya di seluruh dunia.
Lelaki dan wanita tidak bersaing antara satu sama lain, walaupun mereka mungkin kadangkala berlari dalam perlumbaan sama kerana kekurangan masa dalam kejohanan sekolah tinggi. Wanita pada umumnya berlari jarak sama seperti lelaki walaupun pagar dan halangan-halangan lumba kuda adalah lebih rendah dan pemberat cakera, lembing dan tukul adalah lebih ringan.
Acara larian dan lumba jalan kaki
Pecut adalah acara sehingga dan termasuk 400 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Acara jarak sederhana adalah acara yang lebih jauh berbanding pecut dan sehingga 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:

Acara jarak jauh adalah acara melebihi 3000 meter. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Acara lari berpagar memerlukan pelari untuk melepasi halangan-halangan yang dijarakkan dengan sama rata semasa perlumbaan. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Lari berganti-ganti adalah acara di mana empat atlet menyertai sebagai sebuah pasukan, memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah:
Lumba lari jalan adalah acara dikendalikan di jalan terbuka, kadangkala berakhir di trek. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 10 km
  • 20 km
  • Half marathon (21.0975 km)
  • Maraton (42.195 km). Maraton ini adalah larian jarak perlumbaan-jalan biasa dalam kejohanan olahraga antarabangsa utama, seperti Olimpik.
Lumba jalan kaki mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan adalah:
  • 10 km
  • 20 km
  • 50 km

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

           Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919  Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.
Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.